Pengenalan


Perkembangan  teknologi  maklumat yang melanda dunia  alaf 21  telah  menimbulkan reaksi positif, negatif, dan sebahagian golongan tidak mengambil tahu langsung seolaholah tiada apa yang berlaku. Kesemua sikap dan tindak balas ini adalah bergantung kepada latar belakang dan suasana masyarakat penerima. Masyarakat  prihatin yang diterajui oleh pemimpin inovatif menyambut ledakan teknologi ini sebagai suatu pemangkin bagi  membina kemenjadian kendiri ke arah  menjana kemajuan negara supaya lebih produktif.

Fenomena sedemikian turut berlaku di alam pendidikan yang merangkumi  pelbagai peringkat persekolahan dan institusi pengajian setempat, nasional, serantau dan  antarabangsa. Keadaan ini turut mewarnai keterampilan guru-guru sejarah yang sentiasa dilanda cabaran, persepsi pesimistik, di samping pengharapan patriotisme  luhur pemimpin bangsawan. Percanggahan dimensi dan pengharapan ini memerlukan guru-guru Sejarah suatu suntikan motivasi jati diri untuk merentasi segala cabaran dalam meneruskan tanggung jawab melaksanakan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, bertenaga, produktif dan efektif.

Sehubungan dengan ini, para profesional dan penyelidik  pendidikan  menyarankan supaya dilakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran  Sejarah  dengan menggunakan pelbagai sumber  teknologi berasaskan multimedia. Penggunaan multimedia akan menjadikan pengajaran menarik, kefahaman meningkat dan penyertaan menyeluruh.  Tumpuan terhadap perisian multimedia seperti bunyi, grafik, rajah, animasi dan gambar berwarna-warni dapat meningkatkan pencapaian kognitif, psikomotor, minat dan perilaku pelajar. Sebahagian perisian kurikulum boleh dimiliki dan disiar-semula demi mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan prestasi lebih tinggi.  Kecanggihan ini memudahkan guru untuk mencapai objektif pengajaran di samping merealisasikan objektif pembelajaran seperti dirancang.

No comments:

Post a Comment